Korang pasti terperanjat, 3 Minit Menghilangkan Kedut Wajah! Tambah Ini Dalam Air Sebelum Mencuci Muka!



Kehidupan kita sehari-hari jauh lebih banyak berada di ruang hawa dingin, hal ini menyebabkan kulit kita lama kelamaan akan kekurangan air. Udara kotor di luar juga menyebabkan kulit kering, mengelupas dan berkedut. Namun sebenarnya hanya dengan cuci muka dengan air ini saja, anda dapat menyelesaikan masalah kulit ini. Kami berikan tipnya hari ini!

1. Garam dapur

Dengan menambah sedikit garam dapur ke dalam air, berguna untuk membunuh kuman dan membersihkan lebihan lemak di kulit sehingga dapat mencegah penuaan awal. Anda boleh menggunakannya untuk mencuci muka. Mungkin pada mulanya akan terasa seperti tidak tercuci bersih, tetapi sebenarnya itu adalah minyak yang keluar dari liang-liang wajah. Hanya dalam masa satu minggu anda akan merasakan perbezaan warna kulit anda!

2. Madu

Madu mengandungi sejumlah besar asid amino, hormon, vitamin dan gula yang diserap tubuh. Kandungan ini berguna untuk melembapkan kulit dan membunuh kuman. Bagi anda yang berkulit kering, cukup tambah 2-3 titis madu ke dalam air pencuci muka, kemudian tepuk perlahan di wajah dan urut selama beberapa minit. Ini dapat mengembalikan kulit indah anda! Air madu juga ternyata dapat mencegah penuaan dan menghilangkan kedutan wajah!

3. Cuka

Mencuci wajah dengan air yang ditambah sedikit cuka ternyata juga boleh membuat wajah lebih lembut dan bersinar serta mengurangkan kedutan. Cuka boleh mengubah tahap pH kulit, melembutkan kulit muka, meningkatkan kelembapan serta menambah nutrisi kulit.



Apabila anda mencuci wajah malam hari, campurkan 1 sudu teh cuka bersama 3 sudu makan air dan gunakan kapas untuk meratakannya di seluruh wajah.Tepuklah dengan perlahan kemudian cuci dengan air.

4. Teh hijau

Percubaan di Jepun membuktikan teh dapat mencegah penuaan 18 kali lebih hebat dari pada vitamin E serta berkesan untuk menghilangkan kedutan.

Setelah anda mencuci bersih wajah, sapukan sedikit teh hijau pada wajah dan tepuk perlahan dengan jari. Atau anda boleh tuang teh ke atas kapas dan sapu di atas muka 2 – 3 minit kemudian cuci bersih dengan air.

Selamat mencuba dan Semoga bermanfaat ya!Jika anda rasa maklumat diatas turut berguna kepada mereka yang memerlukannya, sila bantu kami menyebarkannya dengan klik pada simbol g+1 dibawah atau sebarkan dilaman-laman sosial milik anda. Sekian, terima kasih.

Sumber : http://www.manggahijau.com/tips/luar-biasa-3-minit-menghilangkan-kedut-wajah/

12 Selebriti Sudah Ada Ramsi Anak Tetapi Badan Tetap Mantain Slim

Sumber:http://lobakmerah.com Millionaire Forex Trader Envision taking a $12,000 legacy from your grandma and transforming that into billion...

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==